Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Isteri Sultan Sultan Jamalul Kiram III kesal dengan tindakan menggali kubur pengikut kesultanan itu yang terkorban dalam pertempuran di Lahad Datu, dan berkata ianya bercanggah "dengan ajaran Islam".

"Apabila seorang Muslim meninggal dunia, dia sepatutnya dikebumikan dengan segera. Apa yang mereka buat, mereka menggali 10 mayat tersebut dan ambil gambar," kata Dr Fatima Kiram.

"Itulah yang menimbulkan kemarahan kumpulan (Azzimudie Kiram, adik Sultan Sulu yang mengetuai lebih 200 pengikut ke Sabah untuk menuntut wilayah tersebut)".

NONE Semalam, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein

dan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Zahid Hamidi menunjukkan kepada media gambar sembilan mayat ditemui dalam kubur di Kampung Tanduo, di mana kumpulan Azzimudie berkubu (kiri).

Gambar-gambar tersebut ditunjukkan selepas pihak media mengadu bahawa pihak berkuasa tidak menunjukkan hasil serangan pada hari Selasa, termasuk serangan udara terhadap kumpulan Azzimudie.

Pegawai keselamatan Malaysia kemudian berkata, mayat tersebut dipercayai pengikut kesultanan Sulu yang terbunuh dalam pertempuran pada hari Jumaat.

[Baca berita penuh]

ADS