Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli mempersoalkan pengumuman kenaikan gaji penjawat awam semalam, memandangkan mandat pentadbiran BN sudah berakhir pada 8 Mac lalu.

Katanya, secara teknikal, pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ( bawah ) kini seperti kerajaan sementara.

br1m 2.0 launch by najib razak front Beliau menyifatkan tindakan itu tidak bertanggungjawab dan cuba menarik sokongan golongan berkaitan untuk menyokong BN dalam pilihan raya umum akan datang.

Najib satu-satunya perdana menteri yang tidak mengadakan pilihan raya selepas tempoh lima tahun daripada tarikh pilihan raya sebelumnya berakhir, kata Rafizi.

"Mandat pilihan raya, seperti orang ramai tahu, sejak tarikh pilihan raya terakhir," katanya sambil menyifatkan penjawat awam, polis, tentera dan profesional tidak akan terpengaruh dengan langkah itu.

Perdana menteri semalam mengumumkan penyelarasan perubahan lapisan gred jawatan atau gred gaji bagi tentera dan polis untuk disetarakan dengan perkhidmatan awam melalui, Sistem Saraan Transformatif yang melibatkan perbelanjaan sebanyak RM1.5 bilion.

Penyelarasan itu mencakupi skop fungsi tugas, struktur pangkat dan juga kelayakan bagi skim perkhidmatan pasukan keselamatan.

[Baca berita penuh]

ADS