Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

DAP melancarkan permainan 'Monopoli' versi parti itu yang bertujuan untuk mendidikan rakyat Malaysia mengenai politik negara dengan cara berhibur.

NONE Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua berkata permainan itu dikenali Monopoli: Negara Kebajikan vs Negara Muflis mensasarkan minat khususnya golongan muda.

"Politik cenderung untuk menjadi serius, kerana ia menghantar mesej yang serius. Ramai (rakyat Malaysia) enggan untuk menghadiri ceramah yang cenderung menyentuh mengenai fakta dan tentang baik dan buruk rakyat," katanya apabila ditanya atas alasan parti memutuskan untuk keluar dengan permainan sendiri.

"Kami mencari jalan untuk meringan-ringankan tentang politik dan pada masa yang sama kami menghantar mesej."

Pua berkata permainan tersebut membenarkan pemain untuk membandingkan polisi Pakatan Rakyat dan BN.

[Baca berita penuh]

ADS