Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Naib presiden PAS Datuk Husam Musa mencadangkan agar wakil pembangkang ditempatkan dalam jawatankuasa perolehan dan tender sekiranya Pakatan Rakyat berjaya membentukj kerajaan persekutuan.

Melalui cara itu, kerajaan akan dapat menambah satu lagi mekanisme semak dan imbang dalam pentadbiran.

"Pada pandangan peribadi saya sebagai calon kawasan Putrajaya, jawatankuasa tender seharusnya menyertakan wakil pembangkang untuk memastikan (amalan) lebih telus," katanya.

Bercakap kepada pemberita di ibu pejabat PAS di Kuala Lumpur hari ini, beliau turut mencadangkan agar anggota jemaah menteri dan majlis kerajaan negeri negeri mengisytiharkan harta sebaik sahaja Pakatan mengambil alih pentadbiran untuk mengelak penyalahgunaan kuasa.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS