Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Menjelang PRU13, Ummi Hafilda sertai kempen Umno

Ummi Hafilda Ali, saksi perbicaraan tuduhan liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim yang pertama, menyertai kempen Umno bagi memastikan ketua pembangkang itu tidak menjadi perdana menteri Malaysia ketujuh.

Pakatan Rakyat mencanangkan Anwar sebagai bakal perdana menteri selepas meletakkan sasaran menawan Putrajaya dalam pilihan raya umum 5 Mei ini.

NONE Dalam ceramah di Balik Pulau malam tadi, Ummi melancarkan serangan terhadap Anwar dalam sesi panjang 2.5 jam yang dihadiri kira-kira 200 orang, kebanyakan orang Umno.

Program itu antaranya memfokuskan terhadap dakwaan bahawa Anwar seorang agen Yahudi, peliwat, penipu dan pengkhianat negara, justeru kewarganegaraannya harus dilucutkan.

Sebelum menamatkan ceramah kira-kira 12.30 pagi, Ummi berikrar untuk menamatkan kerjaya politik Anwar.

Beliau juga mendakwa isteri Anwar, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail tahu berhubung peri laku Anwar tetapi memilih berdiam diri.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS