Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Perdana menteri sementara Datuk Seri Najib Abdul Razak dituntut mengeluarkan laporan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) berhubung hak tanah Orang Asli di Malaysia.

NONE Penasihat DAP Lim Kit Siang ( lihat gambar, tiga dari kanan ) berkata, kerajaan sementara yang ditadbir Najib tiada hak untuk menahan penerbitan laporan sebegitu.

"Saya gesa Najib beri perhatian secara peribadi dan dalam tempoh 24 jam, nyatakan sama ada beliau tiada halangan untuk mengeluarkan laporan itu dengan segera," kata Lim kepada pemberita di Kota Kinabalu hari ini.

Laman web pembocor maklumat Sarawak Report minggu ini mendedahkan dokumen bocor yang memperincikan dapatan siasatan Suhakam terhadap hak tanah Orang Asli di Sabah, Sarawak dan semenanjung.

Laporan itu telah tersedia sebelum pembubaran Parlimen tetapi belum dikeluarkan, didakwa ekoran campur tangan politik.

Ia juga menjumpai laporan penyalahgunaan dan penipuan yang merugikan rakyat pribumi. Isu hak tanah sentiasa menjadi tajuk yang tidak kunjung selesai di pedalaman Sabah dan Sarawak.

[Baca berita penuh]

ADS