Pakatan Rakyat tidak akan membantu penyokongnya yang didapati bertanggungjawab terhadap keganasan berkaitan pilihan raya, kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan bahawa Pakatan di belakang serangan terhadap infrastruktur pilihan raya sebelum ini.

Beliau bagaimanapun berkata tidak terkejut terhadap dakwaan itu dan menggesa penyokongnya supaya bertenang.

"Sudah tentu, kalau ada yang tak kena dalam negara ini, ini salah Anwar," katanya sinis.

Justeru, katanya, ini masa terbaik untuk polis bertindak manakala semua pihak pula perlu menyokong tindakan itu.

Beliau juga berkata, budaya ganas sudah lama berlaku terhadap Pakatan - termasuk yang melibatkanya anggotanya sendiri - menjadi sasaran keganasan politik.

Kenderaan kempen Pakatan sebelum ini menjadi sasaran serangan popular di tempat persinggahan dan destinasinya.

Bagaimanapun, terkini dikesan berlakunya insiden lebih hebat melibatkan letupan di tempat ceramah BN.

[Baca berita penuh]