Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
LKS minta Najib lantik Ghani di peringkat pusat

Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak supaya melantik pesaingnya, Datuk Seri Abdul Ghani Othman ke jawatan "penting" di peringkat pusat.

Beliau berkata, adalah "merugikan" jika  Ghani yang dilihatnya sebagai seorang budiman yang bersikap sederhana dan rasional dikorbankan untuk "politik kuasa dalaman Umno".

"Beliau dicalonkan (di Gelang Patah) oleh mereka dalam Umno yang mahu melihat berakhirnya (karier politik) Ghani...

"Tetapi Ghani telah menyumbang kepada pembangunan Johor dan Malaysia (dan) adalah adil beliau dilantik ke jawatan baru dalam kerajaan baru," katanya kepada pemberita.

[Baca berita Penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS