Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Peguam Gereja: Penghakiman melampaui kes The Herald

Kerajaan tidak boleh sewenang-wenangnya membuat keputusan bahawa penganut Kristian di Sabah dan Sarawak dibenar menggunakan kalimah 'Allah', kerana penghakiman Mahkamah Rayuan telah mendapati bahawa tiada asas untuk penggunaannya, kata seorang peguam yang mewakili Archbishop.

harapan community menteri besar 250811 annou xavierAnnou Xavier (kiri), yang merupakan penasihat undang-undang

kepada Archbishop Katolik Murphy Pakiam mengenai perkara itu, berkata, ini jelas dalam penghakiman Hakim Datuk Mohamed Apandi Ali bahawa kalimah itu "bukan bahagian penting" kepada agama Kristian.

Mahkamah Rayuan, katanya, tidak menangani kes The Herald atau Akta Penerbitan dan Mesin Cetak, tetapi penghakimannya amat luas melampaui kes berkenaan.

Dalam penghakimannya, tegas Xavier, Hakim Apandi berkata 'penyelidikan segeranya' mendapati kalimah 'Allah' bukan sebahagian daripada kepercayaan dan amalan agama Kristian.

Jadi, tambahnya, bukanlah bagi Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Joseph Kurup atau Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar untuk berkata, "Tak mengapa, kerana itu Semenanjung dan tidak ada kaitan dengan Sabah dan Sarawak, atau bahawa ini adalah mengenai The Herald dan bukan mengenai AlKitab."

Beliau memberitahu Malaysiakini bahawa Apandi juga mengetua panel tiga hakim yang menyampaikan keputusan sebulat suara pada hari Isnin.

Xavier mengulas kenyataan Kurup yang mengatakan bahawa Kabinet telah memutuskan bahawa penganut Kristian Sabah dan Sarawak boleh menggunakan perkataan 'Allah', dan berbalik kepada penyelesaian 10 perkara berhubung AlKitab dalam bahasa Melayu.

Dalam penghakimannya, Hakim Apandi berkata, dalam Bible, Tuhan telah sentiasa dikenali sebagai 'Yahweh' dan bahawa sebagai fakta sejarah, maka boleh disimpulkan bahawa kalimah 'Allah' tidak merupakan sebahagian daripada kepercayaan dan amalan agama Kristian, khususnya Gereja Roman Katolik."

Peguam Islam tidak setuju

Bagaimanapun, Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM), Datuk Zainul Rijal Abu Bakar berkata penghakiman itu hanya merujuk kepada The Herald dan bukan larangan menyeluruh terhadap penggunaan kalimah 'Allah' oleh bukan Islam.

Kes itu, tambahnya, ialah sama ada menteri dalam negeri telah bertindak mengikut undang-undang apabila beliau mengharamkan penggunaan perkataan 'Allah' oleh The Herald.

Oleh itu, katanya, apabila panel hakim mendapati menteri berkenaan tidak bertindak secara tidak sah, maka ia "hanya bererti bahawa Archbishop dilarang daripada menggunakan kalimah 'Allah' dalam The Herald".

NONEZainul (kiri) berkata, PPMM berpendapat bahawa keputusan itu berkaitan

dengan larangan bagi Archbishop menggunakan kalimah 'Allah' dalam penerbitan The Herald, dan tiada lebih daripada itu.

Bagaimanapun, katanya, walaupun tidak ada larangan menyeluruh, penghakiman itu juga menyatakan bahawa semua rakyat Malaysia boleh menggunakan perkataan 'Allah' hanya dalam rujukan Islam kepada Tuhan, sepertimana dalam surah 112 (al-Ikhlas) dalam al-Quran.

Katanya, dengan membaca secara berhati-hati tiga penghakiman bertulis itu, ia juga menunjukkan bahawa mahkamah telah mempertimbangkan semua peruntukan berkaitan dengan Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang yang diperlukan.

Dengan ini, Zainul menggesa semua pihak untuk membaca dan memahami semua bahagian penghakiman tiga hakim berkenaan dan mengelakkan daripada membuat kenyataan 'yang tidak perlu dan tidak sepatutnya' yang boleh menimbulkan kekeliruan.

[Baca berita penuh]

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 

ADS