Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Tenaga Nasional Bhd (TNB) perlu menjelaskan mengapa paras air di Empangan Sultan Abu Bakar di Cameron Highlands tidak dipantau secara konsisten sehingga pelepasan air kecemasan terpaksa dilakukan, kata seorang ahli Parlimen.

Ahli Parlimen DAP Raub, Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz berkata, ini kerana paras air tidak naik dalam sekelip mata.

NONE "TNB kata prosedur telah dipenuhi, tetapi mengapa tidak ada tindakan pemantauan dilakukan supaya ada masa untuk memberi amaran kepada orang ramai?" soalnya.

Katanya, injap air terpaksa dibuka untuk menguruskan aliran air tanpa memaklumkan kepada orang ramai dan mengambil langkah-langkah bagi mengurangkan kerosakan harta benda.

Oleh itu, Mohd Ariff mengemukakan permohonan kepada Speaker untuk satu usul tergempar bagi membahaskan perkara itu di Dewan Rakyat.

Kejadian banjir lumpur di Lembah Bertam kira-kira 1 pagi semalam akibat pelepasan air Empangan Sultan Abu Bakar itu menyebabkan tiga terbunuh, seorang hilang dan seorang cedera manakala 80 rumah serta kira-kira 100 kenderaan musnah.

Dalam satu kenyataan semalam, Bernama melaporkan Pengurus Besar Stesen-Stesen Janaelektrik Cameron Highlands Mustafa Hashim dilaporkan berkata, pelepasan air secara terkawal di Empangan Sultan Abu Bakar terpaksa dilakukan bagi mengelak bencana lebih besar melanda Lembah Bertam.

   

NONE Mustafa berkata, jika perkara itu tidak dilakukan, keempat-empat pintu alur limpah empangan itu akan terbuka secara automatik dan mengakibatkan banjir lebih buruk.

TNB, tambah Mustafa, telah memaklumkan kepada pihak keselamatan dan ketua kampung Lembah Bertam pada malam semalam iaitu semasa paras air di empangan itu mencecah paras 3,505 kaki iaitu paras yang memerlukan pihak berkuasa memulakan proses pemindahan penduduk.

   

Menurut Mustafa, sebuah pintu alur limpah telah dibuka pada jam 12.05 tengah malam kelmarin apabila paras air mencecah 3,509.6 kaki, yang menurutnya lagi, adalah di luar jangkaan.

[Baca berita penuh] ]

 
 

 

ADS