Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

VIDEO | 2.07 min

Pasukan polis mengesahkan tiga orang individu maut selepas satu empangan di Ringlet, Cameron Highlands melepaskan air melalui pintu kawalannya.

Ketua polis daerah Cameron Highlands Mohd Zahari Wan Busu dalam laporan Bernama menyebut, dua daripadanya mati lemas dan seorang lagi maut akibat serangan jantung.

NONESeorang wanita warga Indonesia juga dipercayai hilang manakala seorang lelaki cedera dalam kejadian jam 1 pagi itu, katanya.

Menurutnya, banjir kilat akibat limpahan air berkenaan memusnahkan kira-kira 80 buah rumah dan juga kenderaan di kawasan Lembah Bertam.

Menurut Mohd Zahari, air terpaksa dilepaskan bagi mengelak empangan itu pecah berikutan hujan lebat yang berterusan sejak 7 petang semalam.

NONE"Pelepasan air empangan pertama dibuat pada 12 tengah malam diikuti pada jam 1 pagi dan seterusnya pada 2.45 pagi yang menyebabkan air di Sungai Bertam melimpah secara mendadak dan menyebabkan banjir kilat," katanya.

Katanya lagi, seramai 20 keluarga di kawasan berkenaan telah dipindahkan ke Dewan Orang Ramai Ringlet.

Sementara itu, ketua balai bomba dan penyelamat Cameron Highlands Yusri Abdullah Sani berkata, pihak Tenaga Nasional Berhad yang menjadi mengendali empangan hidroeletrik Sultan Abu Bakar itu membunyikan siren amaran pada jam 12 tengah malam tadi sebelum air berkenaan dilepaskan 20 minit kemudian.

NONEGambar yang diperolehi dari kawasan kejadian hari ini antara lainnya menunjukkan kesan terjahan air serta lumpur yang menenggelami kenderaan dan kawasan penduduk.

Sementara itu, ADUN Teja yang melawat kawasan tersebut pula berkata seramai tiga orang maut dan seorang lagi hilang di Bertam Valley.

"Jumlah kematian mungkin meningkat. Pihak berkuasa sedang memeriksa punca kejadian," katanya di Facebook.

Laporan The Star Online pula menyebut, seramai tiga orang didapati masih hilang.

Kejadian itu berlaku selepas hujan berterusan yang menyebabkan kejadian banjir Perak dan Kedah.

Seramai 1,158 orang dilaporkan dipindahkan di daerah Manjung hari ini akibat banjir.

Di Kedah, Keadaan banjir di Kedah pula bertambah baik dengan jumlah mangsa banjir berkurangan kepada 692 orang berbanding 2.176 orang pada hari sebelumnya.

NONE

ADS