Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Timbalan: Wan Azizah serah pada ahli putuskan

Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail berhati-hati untuk tidak dilihat memihak dalam perebutan jawatan timbalan presiden parti itu, dengan menyatakan terpulang kepada ahli parti itu untuk membuat keputusan.

Katanya, ia adalah sebahagian daripada proses demokrasi  untuk menawarkan diri untuk berkhidmat dan oleh itu, beliau menyerahkan kepada ahli-ahli untuk membuat pilihan.

Wan Azizah memberitahu pemberita demikian di Kajang petang ini ketika ditanya mengenai keputusan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk bertanding jawatan timbalan presiden PKR bulan Mei ini.

Ini bermakna, Khalid akan berdepan dengan penyandang jawatan

tersebut, Azmin Ali jika beliau memutuskan untuk mempertahankannya.

Azmin masih belum mengumumkan hasratnya untuk mempertahankan jawatan tersebut, tetapi dalam satu kenyataan hari ini, beliau mengalu-alukan pencalonan Khalid itu.

Ketika ditanya sama ada terdapat kebimbangan bahawa pertembungan tersebut boleh menyebabkan perpecahan dalam parti, Wan Azizah berkata, ia adalah satu pilihan yang perlu dibuat.

Wan Azizah melihat kedua-dua calon tersebut mempunyai kekuatan mereka tersendiri.

Oleh itu, katanya, ahli-ahli akan memilih calon yang mereka suka dan yang mereka fikir terbaik yang boleh membawa parti ke tahap seterusnya.

[Baca berita penuh]

ADS