Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Memasuki separuh masa kedua kempen pilihan raya kecil Kajang, calon BN Chew Mei Fun berkata beliau seorang underdog (calon bulan pilihan) yang lebih kuat kerana sokongan pada parti itu makin baik.

Underdog biasanya kekal underdog , tetapi underdog ini semakin kuat.

“Kami yakin dengan perkara ini, jika kami terus meningkatkan semangat dan menggandakan usaha, kita boleh capai apa yang kita mahu,” katanya di Kajang.

“Saya ingin tegaskan lagi, (kita di sini untuk) lawan dan menang.”

Chew yang juga naib presiden MCA berkata, kini terdapat peningkatan sokongan tetapi menegaskan kerja keras mesti diteruskan sepanjang tempoh berkempen.

Diminta mengulas tentang dakwaan juruterbang MH370 anggota PKR, Chew berkata tidak akan membangkitkan isu yang memburuk-burukkan lawannya Datuk Seri Wan Azizah Ismail.

[Baca berita penuh]

ADS