Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Shahnaz A Majid, bekas isteri Datuk Seri Mahmud Abu Bekir Taib memfailkan rayuan terhadap pembebasan anak Yang di-Pertua Negeri Sarawak daripada tuduhan menghina mahkamah.

Peguam Akbardin Abdul Kader dan  Rafie Mohd Shafie berkata, rayuan difailkan di Mahkamah Rayuan Syariah terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Syariah kira-kira dua minggu lalu.

Mereka mengesahkan kepada Malaysiakini bahawa mereka memfailkan notis itu pada Jumaat lalu.

Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur pada 6 Mac membebaskan anak lelaki Mahmud daripada prosiding menghina mahkamah.

Hakim Azzeman Omar membuat keputusan itu selepas berpuas hati dengan penjelasan anak Tan Sri Abdul Taib Mahmud itu yang sebelum ini diperintahkan mahkamah untuk membayar lebih RM900,000 untuk nafkah anak sementara.

[Baca berita penuh]

ADS