Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
PKR kutuk perbuatan siar gambar 'kematian' presidennya di facebook
Diterbitkan:  Apr 26, 2014 2:53 PM
Dikemaskini: 9:08 PM

Angkatan Muda Keadilan Pulau Pinang (AMKPP) mengutuk perbuatan pemilik akaun Facebook dengan nama 'Blue Wave Army' yang menyiarkan gambar fitnah kematian Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail semalam.

Ketua AMK negeri, Dr Afif Bahardin berkata perbuatan memuat

naik gambar tersebut "berniat jahat".

"AMKPP akan membuat laporan Polis bermula hari ini. AMKPP memohon agar pihak PDRM memandang serius perkara ini dan mengambil tindakan sewajarnya kepada  pihak yang memuat naik serta menyebarkan berita palsu dan fitnah yang berniat jahat ini," kata Dr Afif yang juga exco kerajaan negeri, dalam satu kenyataan hari ini

AMKPP telah mengesahkan bahawa ahli-ahlinya akan membuat satu laporan hari ini di balai polis Bayan Baru pada jam 2.30 petang.

Kenyataan tersebut berbunyi "isteri ketua pembangkang dato seri wan azizah menghembuskan nafasnya yang terakhir tepat jam 7 petang tadi. Al-fatihah. Dengan ini, Hilanglah lagi mujahidah bangsat dalam pr. Alhamdulillah".

Dr Afif berkata jika suspek yang dipercayai memuat naik gambar mayat Datin Seri Rosmah Mansor boleh dikenakan tindakan segera, maka AMKPP menggesa PDRM melakukan tindakan pantas yang serupa terhadap orang yang melakukan perbuatan yang sama terhadap presiden PKR itu.

"Buktikan bahawa PDRM tidak melakukan langkah pencegahan terpilih dalam memerangi jenayah.

"PDRM mendakwa kredibiliti mereka dicabar dengan isu gambar mayat Rosmah, isu ini sekali lagi mereka diuji.

"Sampai ke tahap mana PDRM mahu mereka dicabar?" katanya.

[Baca berita penuh]

ADS