Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Nabi Bux, sokong Ramkarpal jika ahli PAS'
Diterbitkan:  May 16, 2014 10:52 AM
Dikemaskini: 12:25 PM

Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar menggesa calon bebas Bukit Gelugor Mohamed Nabi Bux Mohd Nabi Sathar untuk menyokong calon DAP Ramkarpal Singh dalam pilihan raya kecil itu.

Mahfuz berkata, Nabi Bux patut mendengar nasihat PAS jika beliau terus mengakui dirinya anggota parti Islam itu.

“Sekarang dia bertentang bertentangan dengan pendirian parti, iaitu bertanding sebagai calon bebas dalam pilihan raya kecil,” kata Mahfuz ketika ditemui di Taman Bunga Raya, Pulau Pinang selepas ceramah malam tadi.

Mahfuz bagaimanapun menafikan dengan sekeras-kerasnya bahawa Nabi Bux anggota PAS dan namanya tidak terdapat dalam senarai anggota berdaftar mereka.

Ditanya sama ada beliau menyemak rekod pendaftaran kawasan Kampung Banjar, Mahfuz berkata: “Isunya namanya tiada dalam rekod”.

Nabi Bux mendakwa namanya terdapat dalam senarai anggota di kawasan itu.

“Kawasan itu mungkin ada, tetapi namanya tiada di situ.”

[Baca berita penuh]

ADS