Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Gerakan: Mengapa tiada tindakan terhadap ISMA?
Diterbitkan:  May 17, 2014 6:24 PM
Dikemaskini: May 18, 2014 3:34 AM

Timbalan Presiden Gerakan Cheah Soon Hai ingin tahu mengapa tidak ada tindakan yang diambil terhadap Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) walaupun banyak laporan polis telah dibuat terhadap ISMA kerana menganggap orang Cina sebagai penceroboh.

"Dalam pada itu... ISMA membuat satu lagi kenyataan mengatakan bahawa sebuah parti politik mampu mencetuskan sekali lagi peristiwa 13 Mei," keluh Cheah dalam satu kenyataan hari ini.

Pada 7 Mei, polis berkata ia sedang menyiasat ketua ISMA Abdullah Zaik Abdullah Rahman atas dakwaan menghasut, sehari selepas beliau menuduh kaum Cina Malaysia Cina sebagai penceroboh di negara ini.

Semalam, NGO itu mencetuskan satu lagi kontroversi apabila mendakwa, perjuangan DAP dan kaum Cina jika dibiarkan, mampu memecah-belah dan mencetuskan huru-hara di Malaysia.

Cheah berkata kenyataan ISMA itu dianggap boleh menimbul kebencian dan merupakan percubaan untuk menyemai rasa curiga di kalangan masyarakat berbilang kaum di Malaysia.

Tambahnya, kaum Cina dan India di Malaysia adalah keturunan dari beberapa generasi pendatang yang kini telah diserapkan ke dalam negara ini dan tidak boleh disuruh pulang ke China atau India.

Menurutnya, sumbangan semua masyarakat harus diberi tempat dalam buku-buku sejarah di negara ini.

"Subjek sejarah kita seharusnya menceritakan kebenaran bahawa pelbagai kaum sememangnya menyumbang kepada pembentukan dan pembangunan Malaysia hari ini," katanya.

[Baca berita penuh]

ADS