Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pemuda MCA kecewa Nazri sokong LGE
Diterbitkan:  Aug 3, 2014 4:00 PM
Dikemaskini: 8:23 AM

Pemuda MCA hari ini mengkritik Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Aziz kerana "bersetuju" dengan cadangan Pulau Pinang melarang warganegara asing memasak di pusat penjaja makanan.

Setiausaha Agungnya Leong Kim Soon berkata beliau berasa Nazri berbuat demikian untuk meraih publisiti peribadi kerana masih banyak kontroversi berkaitan cadangan ketua menteri Lim Guan Eng itu

"Adakah Nazri benar-benar memahami bahawa cadangan (Lim) Guan Eng akan memberi kesan terhadap Pulau Pinang sebagai syurga makanan?" tanya beliau dalam satu kenyatan hari ini.

Leong menyatakan selalunya, pekerja asing hanya menyediakan dan menghidangkan makanan selepas semua bahan-bahannya dicampurkan

"Tiada apa yang dikatakan sebagai 'sentuhan rahsia', apabila ia melibatkan penyedian bahan dan menghidangkannya," katanya.

Semalam, Nazri menyokong cadangan Lim melarang warganegara asing memasak masakan penjaja di Pulau Pinang  bagi mengelakkannya ”sesat” rasa.

The Star sebelum ini melaporkan selebriti rancangan masakan Chef Wan sebagai berkata, Malaysia akan menjadi bahan ketawa di mata dunia jika Pulau Pinang melaksanakan rancangan melarang warganegara asing menjadi tukang masak makanan popular tempatan bagi mengekalkan citarasa aslinya.

Lihat Komen
ADS