Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Polis hari ini merakam keterangan daripada seorang wanita yang disyaki terlibat dalam acara sukaneka bogel di Teluk Kampi, Taman Negara Pulau Pinang pada 31 Mei lalu.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Supt Lai Fah Hin berkata wanita itu, seorang guru muzik persendirian, tampil secara sukarela untuk memberi keterangannya.

Ditanya jika wanita itu ditahan, Lai berkata: "Tidak, dia hanya bagi keterangan".

"Dia di sini untuk membantu siasatan kami dan dia akan dibebaskan hari ini," katanya kepada Malaysiakini sewaktu dihubungi.

Menurutnya, polis merayu kepada mereka yang terlibat dalam acara itu dan orang awam yang mempunyai maklumat agar tampil ke depan dan membantu siasatan polis.

"Harapnya lebih ramai lagi tampil selepas ini untuk membantu kami menyegerakan siasatan," kata Lai.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS