Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Aziz berkata penulis blog yang mengaitkan dirinya dengan aktiviti sukan bogel di Teluk Bahang, Pulau Pinang sebagai "bodoh".

MP Padang Rengas itu berkata tuduhan yang dibuat berikutan kemunculannya di Pulau Pinang untuk mempromosikan Festival George Town pada 3 Ogos lalu adalah tidak berasas.

"Itu blogger bodoh. Kalau nak ber-blog kita blog biar guna otak. Sebab orang baca blog kita.

"Saya balik kawasan saya, tak ada pula orang berbogel di sana.  Kalau saya ini menggalakkan orang berbogel, sepatutnya di kawasan Parlimen saya tiap-tiap minggu ada orang berbogel lah sebab saya balik setiap minggu.

"Blogger bodoh ini tak payah layan. Tak ada standard," katanya.

Sebelum ini sebuah blog menuduh Ketua Menteri Lim Guan Eng menggalakkan kegiatan bogel , dengan mengaitkan hubungan rapat antara Lim dan Nazri yang dilihat mesra semasa Nazri berkunjung ke Pulau Pinang.

Berikutan kejadian sukan bogel itu, Nazri turut meminta supaya tiada pihak saling tuduh menuduh dan menyerahkan kepada polis megadakan siasatan menyeluruh mengenai perkara itu.

"Kita jangan persalahkan sesiapa. Ia (berbogel) merupakan kesalahan. Kita kena ambil tindakan. Bukan waktunya nak menuding jari  orang itu salah dan sebagainya.

"Perangai orang Malaysia macam itu lah.  Semua nak menuding jari pada orang lain.

"Yang penting kena ambil tindakan. Saya harap proses itu dijalankan dan polis akan lakukan siasatan dan ambil tindakan," katanya.

Minggu lalu, polis mengenalpasti 15 individu dalam video tersebut yang mana tujuh daripadanya merupakan rakyat Malaysia

Polis Pulau Pinang juga telah merakam kira-kira 10 kenyataan daripada individu berkenaan untuk membantu siasatan perkara itu.

Lihat Komen
ADS