Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Lagi wakil rakyat Pakatan akan didakwa menghasut
Diterbitkan:  Aug 26, 2014 1:59 PM
Dikemaskini: 8:04 AM

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP RSN Rayer, yang terpalit kontroversi kerana menggelar pemimpin Umno “celaka”, akan didakwa menghasut di mahkamah esok.

Ketua Biro Undang-undang DAP Gobind Singh Deo berkata, wakil rakyat Seri Delima itu akan didakwa di Mahkamah Sesyen Pulau Pinang esok.

“Rayer terima panggilan telefon daripada polis pagi ini yang memintanya hadir ke mahkamah pagi esok,” katanya.

Setakat ini, empat wakil rakyat Pakatan Rakyat sudah didakwa bawah Akta Hasutan bulan ini.

Pagi ini, anggota parlimen PAS Khalid Samad didakwa menghasut di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, kumpulan peguam Lawyers for Liberty memberitahu, anggota parlimen Pandan Rafizi Ramli akan turut disiasat bawah akta hasutan ekoran penyiaran sebuah artikel.

Beliau dijadual hadir di ibu pejabat polis daerah (IPD) Kajang pada jam 3 petang esok untuk disoal siasat.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS