Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Peguam kanan dan pakar undang-undang Tommy Thomas mengkritik Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi kerana berkata orang bukan Melayu tiada tempat dalam apa yang digelarnya sebagai “kontrak sosial negara”.

Thomas berkata, kenyataan naib presiden Umno itu “memutarbelitkan” perlembagaan persekutuan dan kontrak sosial daripada sudut pandang sejarah.

Beliau merujuk kepada empat teras utama iaitu Islam sebagai agama rasmi, raja-raja Melayu, Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan hak keistimewaan orang Melayu.

“Kenyataan beliau menyebut bukan Melayu tiada tempat dalam kontrak sosial negara. Perkara ini menyeleweng sepenuhnya.

“Ia terpilih dan tidak tepat. Jika Tunku Abdul Rahman, Abdul Razak and Dr Ismail Abdul Rahman masih ada, mereka akan marah,” katanya.

Thomas antara tiga orang yang bercakap dalam Persidangan Undang-undang Antarabangsa di ibu negara hari ini.

Turut serta peguam kanan Cyrus Das dan pensyarah Universiti Malaya (UM) Prof Madya Dr Azmi Sharom.

Pada 13 September, Zahid ( atas ) dalam ucapannya di Besut berkata, orang ramai tidak harus mengganggu empat teras utama kontrak sosial, yang dibuatnya selepas kerajaan menahan beberapa individu menggunakan Akta Hasutan 1948.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS