Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

MP Kelana Jaya, Wong Chen menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengedarkan salinan pindaan Rang Undang-undang Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) sebelum Dewan Rakyat bersidang pada 7 Oktober ini.

Menurutnya Wong, gesaan itu dibuat bagi akan membolehkan semua anggota Parlimen mempunyai masa yang cukup bagi meneliti rang undang-undang itu.

Katanya, rang undang-undang itu jika diluluskan akan memberi kuasa kepada menteri kewangan menggunakan kutipan cukai tahunan sebanyak RM140 bilion sewenang-wenangnya.

"Sekurang-kurangnya penggubal undang-undang boleh melihatnya sebelum ke Parlimen minggu depan.

"Jadi perdana menteri kena edarkannya hari ini atau paling lewat esok," kata Wong pada sidang medianya di ibu pejabat PKR.

Sebelum ini, Wong menyuarakan kebimbangannya bahawa LHDN bakal menjadi badan pelaburan seakan 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) susulan cadangan meminda Akta LHDN 1995.

Menurutnya, pindaan ke atas Rang Undang-undang LHDN akan menubuhkan satu panel pelaburan yang membolehkan kerajaan membeli saham, bon, dan juga hartanah menggunakan hasil kutipan cukai.

Menurut Wong, beliau mengutuskan surat pada 5 September lalu kepada Najib selaku menteri kewangan untuk mendapatkan salinan pindaan tersebut.

Jelasnya, surat itu mengambil masa selama dua minggu untuk dipindahkan ke satu lagi jabatan lain dalam Kementerian Kewangan.

"Kami hanya mengetahui tentang pembentangan Rang Undang-undang Pindaan LHDN daripada Aturan Urusan Mesyuarat Parlimen yang diterima pada hari Selasa (8 September)," katanya.

Lihat Komen
ADS