Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Lepas jumpa pelapor PBB, kami mahu demo'
Diterbitkan:  Nov 23, 2014 4:11 PM
Dikemaskini: 9:51 AM

Kumpulan penentang pembinaan insinerator Taman Beringin, Kepong, mengugut mengadakan demonstrasi jika menteri berkaitan terus “tidak mengendahkan” suara mereka.

Kuala Lumpur Tak Nak Insinerator (KTI) tidak puas hati apabila beberapa pucuk surat dan permohonan dialog dengan menteri tidak mendapat sebarang balasan.

“Menteri sebelum ini berkata terdapat sesetengah pihak menakut-nakutkan orang awam dengan mengemukakan fakta salah berhubung insinerator.

“Untuk berlaku adil, dia patut tunjukkan tolak ansur dengan mengadakan forum umum supaya orang ramai dapat putuskan siapa sebenarnya yang melontarkan fakta,” kata anggota jawatankuasa pemandunya Lai Yak Guan.

Lai berkata, KTI sedang berkira-kira untuk bergabung bersama kumpulan penentang lain insinerator, untuk menganjurkan demonstrasi.

KTI bagaimanapun merancang melobi di peringkat antarabangsa terlebih dahulu sebelum sebarang perancangan turut ke jalan raya.

Mereka kini sudah bertemu dengan pelapor Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu untuk kesihatan Dainius Puras dan akan ke Filipina bagi menemui Gabungan Anti-incinerator Antarabangsa (GAIA).

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS