Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
DAP mahu MIC juga kena tindakan sama
Diterbitkan:  Dec 13, 2014 7:00 PM
Dikemaskini: 11:07 AM

DAP menuntut agar Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) mengarahkan MIC menjalankan pemilihan semula untuk semua jawatan seperti yang dikenakan ke atas parti pembangkang itu sebelum ini.

Setiausaha organisasi DAP, Anthony Loke berkata pemilihan semula itu perlu melibatkan pencalonan dan pengundian untuk semua jawatan.

Beliau mengulas keputusan ROS yang mengecualikan pemilihan bagi dua jawatan tertinggi parti MIC

“Mari kita lihat bagaimana ROS tangai (isu pemilihan MIC),” katanya MP Seremban itu lagi.

DAP sebelum ini diarahkan untuk mengadakan pemilihan semula ekoran masalah penjumlahan undi.

Pemilihan semula itu sudahpun dijalankan namun ROS sehingga hari ini masih belum menyelesaikan perkara ituy dengan parti pembangkang terbabit.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS