Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, p ihak polis dan menteri bekerja tanpa perlu mengulas sesuatu isu kepada pihak media.

“Kita (polis dan menteri) tidak perlu bising-bising, dan kalau pemberita tak tanya, polis tak cakap. Kebiasaan polis tak bercakap tapi selalu kerja," katanya.

Beliau mengulas kenyataan Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang yang mempersoalkan kenapa ketua polis negara dan menteri dalam negeri sedang “senyap yang mencurigakan” daripada mengulas isu rampasan 31 gita puja dari paderi Katolik di Johor.

 
Junaidi ( kanan ) turut berkata, beliau sudah memberi kenyataan kepada akhbar semalam mengenai perkara itu.
 
Beliau memberitahu pemberita selepas menerima resolusi dari Majlis Profesor Negara (MPN) mengenai "Dilema Negara: Isu dan Cabaran Pekerja Asing di Malaysia", malam tadi.
 
Beliau turut menempelak Kit Siang yang didakwanya 'putar belit’ dalam membuat kenyataan.

Polis Johor sebelum ini dilaporkan berkata telah merujuk kes rampasan 30 kitab Kristian itu kepada timbalan pendakwa raya (DPP).

Lihat Komen
ADS