Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Lim bangkitkan 'diam mencurigakan' IGP, menteri
Diterbitkan:  Dec 16, 2014 12:30 PM
Dikemaskini: 12:38 PM

Ketua anggota parlimen DAP Lim Kit Siang mempersoalkan kenapa ketua polis negara dan menteri dalam negeri sedang “senyap yang mencurigakan” daripada mengulas isu rampasan 31 gita puja (hymn) daripada paderi Katolik di Johor.

“Mereka yang selalu memberi komen segera berkaitan perkara bawah tanggungjawabnya kini senyap yang mencurigakan terhadap isu yang sudah sepuluh hari berlalu,” kata Lim.

Dalam kenyataannya hari ini, Lim menggesa pihak polis lebih peka dan menghormati sensitiviti agama di negara ini.

“Polis mesti ambil pengajaran daripada episod buruk ini dan patut lebih sensitif berhubung hak dan sensitiviti masyarakat plural pelbagai bangsa, agama, bahasa dan budaya,” kata Lim.

Polis Johor sebelum ini berkata telah merujuk kes rampasan 30 kitab Kristian itu kepada timbalan pendakwa raya (DPP).

Timbalan CID Johor Dennis Lim mengesahkan bahawa beliau kini menunggu arahan lanjut sama ada ia patut dipulangkan atau sebaliknya.

The Malaysian Insider melaporkan bahawa naskhah kitab berjudul Mari Kita Memuji Allah Kita dirampas daripada paderi Cyril Mannayagam pada 5 Disember.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS