Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Gelar Kelantan 'tak guna', Pemuda MIC dibidas
Diterbitkan:  Jan 4, 2015 1:10 PM
Dikemaskini: 5:15 AM

Bekas ahli parlimen Teluk Intan, M Manogaran membidas pemuda MIC kerana bersikap ‘tidak matang’ dengan menggelar kerajaan PAS Kelantan “tidak berguna” ekoran gagal menangani masalah banjir di negeri itu.

“Pertamanya, tidak ada sesiapa pun yang boleh mempergunakan situasi banjir untuk kepentingan politik, lebih-lebih lagi, dalam situasi ini di mana rakyat sedang menderita,” kata Manogaran ( kiri ) dalam kenyataannya hari ini.

Sebelum ini Pemuda MIC menggesa BN  mengambil peluang menawan semula Kelantan dalam pilihan raya akan datang.

“Cadangan seperti itu daripada Pemuda MIC menunjukkan kurang prihatin untuk masa depan politik di negara ini, di mana ahli politik masih berfikiran sempit.

“Kita mesti beralih daripada politik yang menggunakan matlamat untuk menghalalkan cara,” katanya.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS