Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Pemuda MIC membantah lantikan G Kumar Aaman sebagai setiausaha agung parti itu dan mahukan presidennya MIC G Palanivel menilai semua rekod silam pemimpin itu.

“Presiden menuduh Pemuda MIC mengamalkan gengsterisme dalam mesyuarat agung khas MIC baru-baru ini.

“Saya gesa presiden lihat rekod silam Kumar Aaman,” kata ketua pergerakan itu C Sivaraajh ( kanan ).

Beliau dalam sidang medianya hari ini bagaimanapun tidak menghuraikan lanjut berhubung “rekod silam” yang dimaksudkannya itu.

Kumar Aaman antara pemain penting dalam Gerakan Anti Samy Vellu (GAS).

Beliau dilantik sebagai setiausaha agung dalam rombakan semalam bagi menggantikan A Prakash Rao.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS