Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
SAMM gesa MB S'gor isytihar harta
Diterbitkan:  Mar 6, 2015 12:57 PM
Dikemaskini: 8:56 AM

Kumpulan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Selangor menggesa Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali mengisytiharkan hartanya seperti yang disaran Ketua Umno Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee.  

Dalam kenyataannya, Penyelaras SAMM Khairoll Anuar Almegat berkata pihaknya tertanya-tanya mengapa Azmin yang masih lagi berdiam diri berhubung saranan itu.

Sedangkan, katanya, pemimpin seperti MP Pandan dan Pokok Sena, Rafizi Ramli dan MP Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar yang sedia berbuat demikian.

"Sebagai seorang wakil rakyat apatah lagi sebagai orang nombor satu dalam pentadbiran kerajaan Selangor yang dikatakan telus, Datuk Menteri Besar perlu berani untuk tampil mengisytiharkan harta beliau dan isterinya, malah beliau juga perlu mensyaratkan setiap anggota exco, wakil rakyat dan ahli majlis PBT di Selangor membuat tindakan serupa," katanya.

Sebelum ini, Syed Ali kesal kerana ada pihak terus mempertikaikan kekayaan keluarga perdana menteri mencabar pemimpin Pakatan mengisytiharkan harta dan beliau mendakwa Azmin dan isterinya "memiliki aset yang meragukan".

Bagaimanpun, Rafizi tampil menyahut cabaran itu dan bersedia untuk mendedahkan asetnya di lobi Parlimen minggu depan

Dalam kenyataannya semalam, Khairoll mendesak Syed Ali turut mengisytiharkan hartanya agar rakyat dapat meneliti keadaan kewangan seorang ketua bahagian Umno.

Bagaimanapun, bercakap kepaada Malaysiakini , Syed Ali berkata beliau tiada masalah untuk mengisytiharkan hartanya.

 

"Saya tidak ada masalah. Saya tak ada apa yang hendak disembunyikan," kata bekas senator itu.

Lihat Komen
ADS