Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Laporan kaitkan 1MDB dengan Taib pula
Diterbitkan:  Mar 8, 2015 2:31 PM
Dikemaskini: Mar 9, 2015 5:50 AM

Hartawan Taek Jho Low  didakwa menggunakan wang daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) hasil usahasama dengan Petrosaudi untuk urus niaga pelaburan dalam Utama Banking Group (UBG Bank).

Ia sekali gus memberikan keuntungan kepada bekas menteri Tan Sri Taib Mahmud dan anggota keluarganya sebanyak RM465 bilion, lapor The Edge.

Mingguan perniagaan itu dalam laporan eksklusifnya juga melaporkan bahawa Jho Low merancang pelaburan itu oleh Petrosaudi International untuk “memuaskan hati” Taib susulan masalah dalam “usahasama” mereka sebelum ini.

Dana digunakan itu kebanyakannya daripada usahasama 1MDB-Petrosaudi dan RM700 juta pinjaman daripada Aminvestment Bank Bhd.

Firma guaman Schillings  yang mewakili Low semalam berkata pendedahan Sarawak Report adalah " palsu , mengelirukan dan dinafikan oleh pelanggan kami".

Kenyataan itu dikeluarkan ketika Low menafikan dakwaan bahawa beliau memperoleh AS$700 juta daripada perjanjian antara 1MDB dan firma tenaga Saudi PetroSaudi International.

1MDB pada 1 Mac memberitahu menerima balik pelaburan penuh dengan keuntungan sebanyak US$488 juta (US$1=RM3.603) daripada rakan kongsinya PetroSaudi International.

PetroSaudi International pula menjelaskan yang semua dana daripada 1MDB pergi kepada entiti milik Petrosaudi dan sebarang andaian lain adalah palsu.

Syarikat itu berkata demikian sebagai respon kepada laporan media tertentu yang didakwanya membuat tuduhan berniat jahat dan berbahaya, berhubung perkongsiannya dengan 1MDB.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS