Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Umno: Siapa kata 1MDB disuntik RM900 juta?
Diterbitkan:  Mar 11, 2015 7:00 PM
Dikemaskini: 1:19 PM

Seorang pemimpin Umno menangkis dakwaan bahawa kerajaan baru-baru ini ingin menyuntik RM900 juta lagi kepada firma pelaburan 1Malaysia Development Berhad (1MDB)

Dakwaan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak ingin membantu 1MDB itu dikatakan dibuat sewaktu pertemuan beliau dengan ketua-ketua bahagian Umno Ahad lalu.

Ketua Umno Cheras mengulas kenyataan Naib Presiden PKR Rafizi Ramli yang mendakwa beliau mendengar perkara tersebut daripada seorang ketua Umno bahagian yang hadir dalam pertemuan tertutup itu.

Bagaimanapun Datuk Seri Syed Ali Alhabshee, yang juga penganjur perhimpunan tersebut, menyifatkan dakwaan PKR itu sebagai "satu lagi cerita dongeng pembangkang".

Beliau juga mencabar Rafizi mendedahkan sumbernya bagi mengesahkan dakwaannya itu dan tidak bersembunyi di sebalik sumber tanpa nama.

"Saya mencabarnya menamakan ketua bahagian Umno itu. Saya menafikan ini berlaku," katanya kepada Malaysiakini hari ini.

"Jika anda dakwa ada ketua bahagian yang beritahu anda, beritahu kami siapa."

1MDB enggan ulas

Syarikat pelaburan nasional itu, yang berhutang sebanyak RM42 bilion, menjadi fokus utama sejak beberapa bulan lalu. Bulan lalu, ia hampir-hampir gagal membayar balik pinjamannya RM2 bilion di beberapa bank tempatan.

Beberapa laporan juga muncul yang mendakwa wujud salah laku dalam urus niaga syarikat itu, termasuk pelaburannya RM2.6 bilion (AS$700 juta) dalam syarikat PetroSaudi.

1MDB, PetroSaudi dan hartawan Low Taek Jho menafikan pendedahan itu seperti dilaporkan oleh Sarawak Report .

1MDB pula berkata pelaburan dengan syarikat PetroSaudi menghasilkan keuntungan kepadanya sebanyak US$488 juta (RM1.8 bilion).

Sementara itu, 1MDB berkata Jabatan Audit Negara telah mula menjalankan audit terhadap syarikat tersebut sebaik sahaja perdana menteri memberikan arahannya minggu lepas.

"Saya sendiri telah bertemu ketua audit negara (Tan Sri Ambrin Buang) dan memberi jaminan bahawa 1MDB akan memberikan kerjasama penuh," kata presiden dan pengarah eksekutif kumpulan Arul Kanda (kanan) .

Semua dokumen dan maklumat yang diperlukan untuk tujuan audit akan didedahkan kepada jabatan audit, tambahnya dalam kenyataan petang ini.

Arul juga berkata 1MDB tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung operasi dan kegiatan syarikat tersebut dalam tempoh audit berkenaan.

[Baca berita penuh/asal]

Lihat Komen
ADS