Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Kami sokong IGP, humban pengacau ke penjara'
Diterbitkan:  Mar 30, 2015 1:46 PM
Dikemaskini: 6:05 AM

Pemimpin Umno menyokong Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dan tindakan terhadap pihak yang "tidak bertamadun" yang didakwa mahu menjatuhkan perdana menteri.

Menulis dalam blognya hari ini, Ketua Umno Cheras Datuk Seri Syed Ali Alhabshee berkata polis tidak sepatutnya mengambil kira kedudukan atau status sewaktu berdepan dengan kumpulan itu.

"Kumpulan ini sebenarnya pengacau kepada keamanan negara dan saya menyokong penuh tindakan polis memberkas dan menyumbat mereka ke dalam penjara," kata Syed Ali dalam blognya.

Beliau berhujah bahawa isu sebenar bukan berkaitan Najib atau Umno tetapi soal keamanan dan beliau kesal tindakan pembangkang yang didakwanya mengetepikan undang-undang dan melakukan hasutan.

Katanya lagi, jika ia tidak ditangani dengan tegas dibimbangi akan memudaratkan keamanan negara dan kesejahteranan hidup rakyat berbilang kaum.

"Mereka langgar undang-undang, seolah-olah negara ini kepunyaan mereka sehingga mengganas di jalanan seperti manusia tidak bertamadun," katanya.

Dalam tulisannya juga, Syed Ali menolak desakan supaya Khalid dipecat sebaliknya mempertahankan tindakan ketua polis negara itu terhadap kumpulan yang secara sengaja melanggar undang-undang.

"Ada segelintir pihak yang buat desakan supaya Khalid dipecat, tetapi saya nak ingatkan mereka, KPN telah melakukan tanggungjawab beliau dengan baik demi rakyat dan negara," katanya.

“Jangan hanya kerana desakan segelintir puak yang tidak bertamadun itu, kita nak pecat Khalid, ini semua kerja gila dan tidak masuk akal, kita (Umno) tetap mempertahankan Khalid sebagai KPN," tegas Syed Ali.

Beliau yang juga bekas senator mendakwa majoriti rakyat memberi sokongan kepada polis dan pihak berkuasa itu juga tidak bermain politik dan memihak kepada kerajaan atau pembangkag

"Majoriti rakyat negara ini cintakan keamanan, mereka sokong pihak polis tangani perbuatan jahat pembangkang, cuma segelintir yang buat masalah dan polis tidak perlu bertolak ansur.

"Tugas polis adalah menjaga dan memelihara kemananan negara," katanya.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS