Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Dr M: Pak Lah tidur pun dapat 140 kerusi
Diterbitkan:  Apr 16, 2015 6:56 PM
Dikemaskini: 11:35 AM

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata penggantinya Tun Abdullah Ahmad Badawi menunjukkan prestasi lebih baik daripada Datuk Seri Najib Razak walaupun mempunyai masalah berkaitan tidur.

Mahathir, perdana menteri keempat, berkata Abdullah walaupun begitu memastikan BN mendapat 140 kerusi dalam pilihan raya umum 2008.

Sedangkan, kata Mahathir lagi, BN bawah pentadbiran Najib pula hanya mendapat 133 kerusi dalam pilihan raya umum lalu.

Menurut rakaman wawancara disiarkan Perak Today , Mahathir juga berkata prestasi lebih buruk berlaku walaupun kerajaan menyalurkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

Mahathir membangkitkan terdapat masyarakat Cina memberitahunya bahawa tindakan itu rasuah kerana diberikan ketika hampir pilihan raya.

Beliau yang memainkan peranan aktif memastikan kejatuhan Abdullah kini beralih arah kepada Najib selepas memberi amaran BN akan kalah dalam pilihan raya dengan pentadbiran sedia ada.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS