Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata beliau sepatutnya digalakkan untuk lebih 'menyerang' Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana tindakan itu akan membantu presiden PAS dan kumpulan pro-ulama menang dalam pemilihan parti minggu depan.

"Saya bercakap tentang prinsip dan jawatan dalam parti kami. Jadi, jika apa yang saya katakan memberi manfaat Hadi, maka saya yakin beliau akan menggalakkan saya untuk bercakap," kata Lim ketika ditemui di lobi Parlimen.

"Dan saya akan terus bercakap untuk rakyat apabila perlu. Apa DAP buat dan kata, macam manapun tidak akan menjejaskan peluang Hadi untuk menang," katanya lagi.

 

MP PAS Pasir Mas Nik Mohamad Abduh Nik Aziz mendakwa serangan berterusan DAP telah menyebabkan DAP menerima kecaman dan menimbulkan kemarahan akar umbi.

Ini secara tidak langsung membantu kempen Abdul Hadi dan kumpulan ulama dalam menentang kumpulan liberal, katanya.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS