Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Sepatutnya tidak timbul sebarang isu jika ada orang bukan Islam bercadang membina masjid, kata Ahli Parlimen Kota Bharu Datuk Takiyuddin Hassan.

Beliau yang pernah berkhidmat sebagai anggota Exco Kelantan sebelum ini berkata, tidak pernah berbangkit sebarang masalah jika ada orang bukan Islam mahu memberi sumbangan kepada masjid di negeri itu.

"Kami dalam jawatankuasa masjid tahu ramai orang bukan Islam memberi sumbangan, jadi tiada masalah. Bagi kami ia bukan satu isu. Tiada masalah.

"Ia satu perkara biasa (sesiapa) mahu menyumbang kepada masjid dan badan kebajikan. Setiap orang boleh menyumbang," kata Takiyuddin ketika ditemui pemberita di kompleks parlimen.

Sabtu lalu , Setiausaha Organisasi DAP Anthony Loke mengumumkan rancangan parti itu untuk membina sebuah masjid di sekitar Kampung Pasir Tumboh, Gua Musang Kelantan selepas mendengar permohonan imam dan penduduk di kawasan itu.

Bagaimanapun, Setiausaha Gabungan Impian Kelantan Dr Rosli Allani Abdul Kadir hari ini menjelaskan rancangan DAP itu sebenarnya cuma cadangan spontan salah seorang pemimpin mereka semasa program penyerahan rumah mangsa banjir di Kampung Pasir Tumboh, Gua Musang.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS