Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
FB Nothing2Hide lancar perang dengan TMJ
Diterbitkan:  Jun 17, 2015 2:33 PM
Dikemaskini: 6:36 AM

Laman Facebook yang dibuat bagi mempromosi program dialog Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bersama NGO kini secara terbuka melancarkan "perang" dengan Tengku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Sejak Selasa, pengendali laman Facebook yang mempromosikan program "Nothing2Hide" itu telah memuat naik tiga tulisan berasingan yang mengkritik Tunku Ismail.

Penganjur bagi program tersebut Pertubuhan Sukarela Peguam Malaysia (SukaGuam) bagaimanapun menafikan bahawa pihak mereka menguruskan Facebook 'Dialog PM bersama NGO' itu.

Semalam, satu lagi tulisan di laman itu menuduh Tunku Ismail sebagai "punca masalah" kerana membuat tuduhan terhadap Najib secara melulu, tidak sopan dan terbuka menerusi media sosial.

"TMJ menuduh perdana menteri sebagai seorang yang ingin menyembunyikan segala-galanya. Satu tindakan yang mencemar integriti jawatan TMJ itu sendiri.

"Sedarlah TMJ, pada hari Ahad yang lepas perdana menteri telah memberi penjelasan mengenai pelbagai isu dan penjelasan beliau telah dapat diterima oleh ramai yang hadir.

"Jika program Dialog Perdana Menteri bersama NGO tidak diganggu oleh tetamu yang tidak diundang dan pengacau, iaitu Tun Mahathir (Mohamad) dan penyokong-penyokongnya, penjelasan yang baik dapat diberi kepada 1,200 pemimpin NGO di seluruh negara.

“Kenapa mahu menyokong pihak yang bersalah?" tulis laman Facebook itu.

[Baca berita asal]

 

Adakah yang ingin berhimpun menyokong Tengku Mahkota Johor (TMJ) sedar bahawa TMJ adalah PUNCA MASALAH? TMJ telah...

Posted by Dialog PM Bersama NGO on Monday, 15 June 2015


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS