Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Perbincangan rasmi antara PKR dan DAP Selagor mengenai situasi politik terkini di negeri itu berlangsung hari ini, tetapi tiada keputusan dicapai setakat ini.

Selepas bertemu di Pejabat Menteri Besar Selangor hari ini, Pengerusi DAP Selangor Tony Pua enggan mengulas mengenainya memandangkan perbincangan lanjut akan diadakan selepas bulan Ramadan.

"Ia adalah perbincangan konstruktif, pertukaran idea dan berkaitan status kerajaan negeri Selangor dan krisis semasa.

"Selepas 30 minit perbincangan, kami amat memahami kedudukan masing-masing dengan lebih baik dan kami akan bertemu selepas hari raya," katanya.

Delegasi PKR yang hadir termasuk Timbalan Presiden Azmin Ali dan Ketua Wanita Zuraida Kamaruddin. Azmin juga ketua PKR Selangor dan menteri besar.

Kedudukan kerajaan negeri Selangor mencetuskan persoalan selepas hubungan PAS dan DAP terputus. Bagaimanapun, kedua-dua parti berikrar memberi sokongan kepada Azmin kekal sebagai menteri besar.

PKR tidak boleh membentuk kerajaan di negeri itu tanpa sokongan PAS dan DAP.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS