Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata ia tidak semestinya akaun perdana menteri yang telah dibekukan ekoran siasatan berkaitan 1MDB.

Ismail yang mengakui beliau tidak tahu butiran mengenainya berkata akaun yang dibekukan mungkin bukan milik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Beliau berkata, yang disiasat bukan perdana menteri.

Yang disiasat, katanya, ialah syarikat yang didakwa menyalurkan wang ke dalam akaun peribadi perdana Menteri. 

"Mungkin akaun syarikat itu yang telah dibekukan," katanya kepada pemberita di Serdang malam ini.

Sebelum ini, pasukan petugas khas yang menyiasat perkara itu berkata ia telah membekukan enam akaun bank berkaitan dengan dakwaan RM2.6 bilion dana 1MDB telah dipindahkan ke dalam akaun peribadi Najib.

Manakala pasukan petugas itu tidak menyatakan pemilik akaun itu, Malaysiakini difahamkan tiga daripadanya adalah milik perdana menteri.

Ini menurut sumber yang biasa dengan penyiasatan tersebut.

"Ya, tiga akaun itu kepunyaannya (Najib)," kata sumber itu dengan syarat tidak mahu namanya disiarkan.

Ismail meminta semua pihak tidak mewujudkan 'perbicaraan' di media,  melakukan spekulasi mahupun membuat sebarang kesimpulan sebelum pasukan petugas khas yang menyiasat dakwaan itu mengumumkan hasil siasatannya.

[Baca berita penuh/asal]

 
 

Lihat Komen
ADS