Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Ketika tekanan semakin meningkat terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak, ramai yang menjangkakan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan berkata sesuatu, apa sahaja, mengenai bosnya, positif atau sebaliknya.

Bagaimanapun timbalan perdana menteri memilih untuk diam di majlis berbuka puasa dengan media di ibu pejabat Utusan Malaysia hari ini.

Semasa ketibaan Muhyiddin, pengacara majlis berkata tidak akan ada ucapan atau sidang akhbar oleh timbalan perdana menteri.

Muhyiddin sebaliknya meluangkan masa sebelum berbuka puasa berjabat tangan dan mengambil selfies dengan media, tetapi masih tidak mahu bercakap.

Terdapat gesaan supaya Muhyiddin mengambil alih kerajaan buat sementara waktu, dan untuk Najib bercuti atau meletak jawatan.

Ini selepas timbul dakwaan hampir RM2.6 bilion telah didepositkan ke dalam akaun peribadi Najib.

Malaysiakini hari ini melaporkan tiga daripada enam akaun bank yang dibekukan oleh pihak berkuasa berhubung siasatan ke atas 1MDB, adalah milik perdana menteri.

Muhyiddin sebelum ini telah  dilaporkan berkata bahawa tuduhan terhadap Najib perlu disiasat.

Bagaimanapun beliau tidak mengatakan sama ada bosnya itu harus terus bertugas semasa siasatan dijalankan.

[Baca berita penuh/asal]

Lihat Komen
ADS