Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pejabat 1MDB diserbu polis
Diterbitkan:  Jul 8, 2015 1:20 PM
Dikemaskini: 5:22 AM

Polis dilaporkan telah menyerbu pejabat 1MDB di Menara IMC Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur pada jam 11.30 pagi ini.

Tiga kereta dan van polis ditempatkan di tempat itu dan wartawan tidak dibenarkan memasuki pejabat, lapor The Star Online.

Pasukan khas menyiasat dakwaan dana 1MDB dimasukkan ke akaun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada Jumaat lalu telah menyerbu tiga syarikat.

Syarikat-syarikat itu adalah SRC International Sdn Bhd, Gandingan Mentari Sdn Bhd, dan  Ihsan Perdana Sdn Bhd.

Ini susulan laporan The Wall Street Journal (WSJ) bahawa AS$700 juta (RM2.6 bilion) dimasukkan daripada syarikat-syarikat yang pernah menjadi anak syarikat 1MDB itu ke akaun Najib.

Semalam pasukan khas meliputi polis, Bank Negara, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) dan Jabatan Peguam Negara mengumumkan enam akaun bank telah diarah dibekukan .

Lihat Komen
ADS