Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Timbalan speaker sangkal hujah Tony Pua
Diterbitkan:  Jul 27, 2015 4:56 PM
Dikemaskini: 9:09 AM

Timbalan Speaker Parlimen Ronald Kiandee berkata laporan Ketua Audit Negara mengenai 1MDB telah diserahkan kepada Jawatankuasa Kira-kira Awam Negara (PAC) dan oleh itu menjadi sebahagian daripada bukti.

"Oleh itu, Peraturan Mesyuarat 85 terpakai," katanya melalui twitter pagi ini.

Peraturan Tetap 85 Dewan Rakyat mengenai penyiaran keterangan sebelum masanya, menyebut:

"Keterangan yang diambil di hadapan sesebuah Jawatankuasa Pilihan dan apa-apa surat yang dikeluarkan kepadanya tidak boleh disiarkan oleh siapa-siapa ahli Jawatankuasa ini,atau oleh siapa-siapa jua, sebelum jawatankuasa itu membawa penyata itu kepada Majlis."

Oleh itu, Kiandee menyangkal hujah anggota PAC yang juga MP Petaling Jaya Utara, Tony Pua bahawa tidak ada peraturan yang melarang laporan audit itu didedahkan kepada umum.

Pua sebelum ini menafikan dakwaan BN yang mengatakan bahawa perintah tetap Parlimen menghalang ketua audit daripada mendedahkan laporan interim 1MDB kepada umum sebelum masanya.

Pua menyalahkan Pengarah komunikasi strategi BN Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan yang didakwanya memetik fasal yang tidak wujud dalam perintah tetap Parlimen yang mendakwa perdana menteri dihalang mengumumkan laporan itu kepada orang awam.

"Dakwaan menteri ini sangat merepek," Pua dilaporkan berkata.

"Prosiding Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memang tidak boleh didedahkan kepada umum sehingga laporan PAC dibentangkan di Parlimen. Laporan PAC (yang tidak boleh didedahkan) dan bukan laporan Audit Negara," katanya Pua

Pua mengulas dakwaan Abdul Rahman pada Jumaat yang mengatakan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak boleh mendedahkan laporan audit mengenai projek 1MDB sehingga ia secara rasmi dibentangkan di Parlimen

[Baca berita penuh/asal]

 
 

 
 

Lihat Komen
ADS