Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pua: Tiada perintah larang PM dedah laporan audit
Diterbitkan:  Jul 26, 2015 12:57 PM
Dikemaskini: 5:00 AM

MP Petaling Jaya Utara Tony Pua menafikan dakwaan BN yang mengatakan bahawa perintah tetap Parlimen menghalang ketua audit daripada mendedahkan laporan interim 1MDB kepada umum sebelum masanya.

Beliau menyalahkan Pengarah komunikasi strategi BN Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan yang memetik fasal yang tidak wujud dalam perintah tetap Parlimen yang mendakwa perdana menteri dihalang mengumumkan laporan itu kepada orang awam.

"Dakwaan menteri ini sangat merepek," kata Tony Pua dalam kenyataan medianya malam tadi.

"Prosiding Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memang tidak boleh didedahkan kepada umum sehingga laporan PAC dibentangkan di Parlimen. Laporan PAC (yang tidak boleh didedahkan) dan bukan laporan Audit Negara," katanya lagi.

Pua mengulas dakwaan Abdul Rahman pada Jumaat yang mengatakan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak boleh mendedahkan laporan audit mengenai projek 1MDB sehingga ia secara rasmi dibentangkan di Parlimen.

Sebelum ini, Pua bersama beberapa ahli parlimen pembangkang lain meminta laporan interim 1MDB diumumkan kepada rakyat bagi membuktikan laporan media yang mendakwa ada amalan rasuah dalam skandal kewangan syarikat itu salah seperti yang didakwa kerajaan.

"Saya telah bersusah payah untuk melihat semula perintah tetap Parlimen, Akta Audit 1857 dan Perlembagaan Persekutuan mengenai peranan dan tanggungjawab Ketua Audit Negara.

"Saya mendapati bahawa tidak ada sama sekali klausa yang melarang ia daripada diberi kepada umum berhubung mana-mana penyiasatan, audit atau dapatan oleh Peguam Negara," kata Pua lagi.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS