Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Tiga aktivis yang ditangkap hari ini berhubung perhimpunan #TangkapNajib, ditahan semalaman di lokap polis di Jinjang.
 
Pendengaran reman ke atas mereka akan didengar pada jam 10 pagi esok, kata peguam Michelle Yesudas, yang mewakili mereka bersama dengan Honey Tan, kepada Malaysiakini.
 
Aktivis pelajar Adam Adli dan pegawai komunikasi LENSA, Shukri Abd Razab ditangkap lewat petang ini di luar Ibu Pejabat Polis Dang Wangi ketika mereka mahu beredar selepas memberi kenyataan mereka.
 
Mereka kemudiannya dibawa ke balai polis Petaling di Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur, di mana seorang lagi aktivis, Mandeep Singh, ditahan selepas polis merekodkan kenyataannya awal malam ini.
 
Ketiga-tiga mereka adalah dari gabungan anak muda - Demi Malaysia - yang menganjurkan perhimpunan #TangkapNajib esok, bagi menggesa penangkapan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak kerana dakwaan rasuah dan salah guna kuasa.
 
Katanya, Shukri ditahan mengikut Akta Hasutan namun belum ada lagi maklumat mengenai penangkapan Adam
 
Peguam Eric Paulsen, yang menemani mereka ke balai polis Dang Wangi sebelum ini, berkata, mereka telah diberi jaminan bahawa tiada siapa yang akan ditangkap apabila mereka diminta datang untuk disoal siasat di balai itu.
 
Mereka telah diminta ke sana untuk memberi kenyataan mereka berhubung perhimpunan #TangkapNajib esok.
 
Bekas Pengerusi BERSIH, Datuk Ambiga Sreenevasan, dengan ditemani peguamnya Latheefa Koya, juga telah dipanggil untuk memberi keterangan hari ini mengenai kenyataan yang dibuatnya dalam sidang akhbar mengenai perhimpunan itu.
 
Dibawa ke balai polis Petaling
 
Ketika kumpulan itu mahu beredar selepas satu sidang akhbar di luar balai Dang Wangi awal hari ini, Shukri tiba-tiba dibawa semula ke dalam balai oleh seorang anggota berpakaian biasa.
 
Paulsen (gambar) berkata, anggota polis itu memberitahunya bahawa Shukri ditangkap di bawah Akta Hasutan dan dia akan dibawa ke balai polis Petaling.
 
Pegawai itu tidak me mberitahu sebarang maklumat lanjut walaupun Adam memberitahu pemberita bahawa ianya tidak berkaitan langsung dengan perhimpunan esok.
 
Kumpulan itu kemudian datang semula untuk bercakap dengan Ketua Polis Daerah Dang Wangi Zainol Samah, tetapi diberitahu bahawa beliau tidak ada di dalam.
 
Ketika mereka beredar buat kali kedua, lebih ramai anggota berpakaian biasa datang dan menangkap Adam berhampiran keretanya di luar, di mana dia terjatuh di tengah-tengah kekeliruan berhubung penangkapan tersebut.
 
"Tidak ada keperluan untuk berbuat demikian," kata Latheefa kepada anggota berkenaan ketika mereka membawa Adam masuk ke dalam kereta yang menuju ke stesen Petaling.
 
Jika mereka mahu menangkap sesiapa sahaja, pihak polis perlu jujur ​​dan bukannya berbohong mengenainya, katanya.
 
Paulsen menambah bahawa kini tiada siapa pun yang boleh mempercayai pihak polis ekoran tindakan mereka itu.
 
Malah hanya sedikit maklumat diberikan mengenai penangkapan Adam itu.
 
Sebelum ditahan, Adam bertegas bahawa perhimpunan itu akan tetap diteruskan esok.
 
Latheefa berkata mereka adalah aktivis yang berpengalaman dan tidak akan takut dengan tindakan seperti itu.
 
Tidak lama selepas penangkapan Adam, Michelle menulis tweet bahawa polis berada di pejabat ahli sekretariat Kita Lawan, Mandeep Singh.
 
Ketika dihubungi, beliau berkata pihak polis berkumpul di hadapan pejabat NGO Empower, yang dikongsinya dengan gerakan reformasi pilihan raya BERSIH, untuk m enangkap Mandeep (gambar).
 
Bagaimanapun, Mandeep berkata dia akan menyerahkan di Ibu Pejabat Polis Petaling Jaya.
 
"Saya diberitahu terdapat 10 anggota polis menunggu di luar pejabat Empower. Selepas berbincang dengan pihak polis dan peguam saya, saya bersetuju untuk menyerahkan diri saya sebagai seorang warganegara Malaysia yang baik yang menghormati undang-undang," katanya.
 
Mandeep berkata beliau akan ditemani oleh pengerusi BERSIH, Maria Chin Abdullah.
 
Semalam, Demi Malaysia berkata mereka akan meneruskan perhimpunan itu esok untuk menggesa Najib (gambar) meletakkan jawatan, walaupun polis memberi amaran melarang perhimpunan itu diadakan.
 

 
 

 
 

 
 

 
 
Lihat Komen
ADS