Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Anggota parlimen Kuala Terengganu menyatakan rasa tidak senangnya dengan tindakan PAS memutuskan hubungan dengannya ketika beliau akan mengadakan sambutan hari raya Aidilfitri.

“Mungkin saya disabotaj. Saya pun terkejut juga mereka (PAS kawasan) buat mesyuarat 9.30 malam dan lepas itu arahan itu 'diviralkan' serta merta malam itu juga.

“Walhal esoknya saya ada rumah terbuka hari raya, di mana semua ahli PAS (kemudiannya) dilarang hadir.

“Ini seolah-olah mahu menggagalkan majlis hari raya saya. Pukul 9.30 malam umumkan, tidak boleh tunggu ke pagi esok. Masa itu juga mahu umumkan,” kata Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad.

PAS Kuala Terengganu semalam mengumumkan memutuskan kerjasama Raja Bahrin selepas beliau dikatakan mengisytiharkan diri sebagai pengerusi Gerakan Harapan Baru (GBH), yang digerakkan kumpulan yang tewas dalam pemilihan PAS.

Raja Bahrin bagaimanapun berkata beliau masih belum membuat apa-apa keputusan.

Sementara itu, beliau juga menyatakan rasa dukacitanya apabila mendakwa terdapat kain rentang bertulis “Raja Bahrin pengkhianat” dinaikkan.

Raja Bahrin juga mempersoalkan kenapa “beliau terlalu istimewa” sehingga dilayan begitu sedangkan terdapat pihak lain yang menyertai GBH tidak dikenakan sebarang tindakan.

“Tindakan di Terengganu lain, tindakan di seluruh Malaysia lain.

“Kenapa saya diberi tindakan yang terlalu istimewa, saya dihukum terpilih. Adakah kerana saya yang pertama di Terengganu,” katanya.

Lihat Komen
ADS