Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
PAS KT putus hubungan dengan MP mereka
Diterbitkan:  Aug 2, 2015 10:39 AM
Dikemaskini: 10:40 AM

PAS kawasan Kuala Terengganu secara rasmi memutuskan sebarang kerjasama dengan ahli Parlimen kawasan itu, Raja Datuk Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad selepas beliau mengisytiharkan diri sebagai pengerusi Gerakan Harapan Baru (GHB) negeri.

Setiausaha PAS kawasan itu Mohd Soud Mat Ali berkata, mereka membuat keputusan itu susulan pengisytiharan Kamarul Bahrin di Jerteh Jumaat lalu.

"Sehubungan dengan itu PAS Kawasan Kuala Terengganu yang bermesyuarat pada semalam berpegang kepada pekeliling isu GHB yang dikeluarkan oleh PAS Pusat bertarikh 29 Julai lalu.

"Pekeliling itu antaranya tidak lagi menggabungkan diri, bekerjasama, memberi apa-apa jua bantuan atau kemudahan kepada ahli parlimen tersebut," katanya.

Harapan Baru, yang dipimpin bekas timbalan presiden PAS Mohamad Sabu, kini sedang berusaha menubuhkan parti Islam baru serta menggerakkan gabungan pembangkang baru selepas Pakatan Rakyat berkubur.

Ia secara politik antara lain dilihat sebagai ancaman langsung kepada PAS kerana Harapan Baru secara tidak langsung dilihat mencuri anggota parti itu.

Lihat Komen
ADS