Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Polis menangkap 16 orang pelajar -13 lelaki dan tiga wanita - yang berkampung di luar perkarangan Parlimen dan membawa mereka ke balai polis Jinjang.

Tidak lama selepas mereka ditangkap pada kira-kira jam 10.30 malam, seorang lagi aktivis ditangkap kerana mengambil gambar barangan yang dirampas.

Beberapa pegawai polis cuba menghalang wartawan daripada merakam gambar semasa tangkapan yang kedua.

Aktivis itu kelihatan berdarah pada kakinya.

Sebelum itu, sekumpulan 30 anggota polis yang memakai jaket polis meminta pelajar-pelajar yang berkhemah di situ sejak semalam supaya beredar dari situ.

Mereka telah meminta sekumpulan kira-kira 20 pelajar supaya meninggalkan tempat itu atau ditangkap.

Ketua Polis Daerah Sentul R Munusamy berkata mereka telah memberi pelajar tersebut lebih 24 jam untuk berkhemah di situ dan apa yang dilakukan pelajar berkenaan boleh menjadi suatu kesalahan di bawah 124B Kanun Keseksaan.

Katanya, memaksa seseorang untuk meletakkan jawatan melalui demonstrasi jalanan adalah haram.

Bagaimanapun, jurucakap #Langkahsiswa Khairul Najib berkata mereka tidak akan berganjak.

Sebelum ini mereka memberi tempoh 24 jam untuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak berbincang dengan mereka mengenai isu-isu semasa.

Khairul memberitahu Malaysiakini bahawa satu sidang media akan diadakan pada tengah malam esok jika kerajaan masih tidak memberi perhatian kepada mereka.

Katanya, mereka memberikan kerajaan tempoh 24 jam lagi untuk respons kepada gesaan mereka supaya Najib berundur berhubung peranannya dalam 1MDB dan sumbangan derma RM2.6 bilion.

Khairul berkata Najib perlu memberi perhatian serius kepada suara pelajar dan tuntutan mereka.

Kira-kira 20 pelajar bermandikan hujan semalam untuk berarak sejauh 1.5km dari Bank Negara ke Parlimen, menuntut Najib berundur dan kerajaan bertemu dengan mereka.

Malam ini, mereka turut mengadakan himpunan nyalaan lilin dengan sokongan orang ramai dan NGO.

[Baca berita penuh/asal]

Day 2 of the #OccupyParliament ended abruptly after a team of police rounded up 16 students at the Parliament square for 'illegal street demonstration'. Langkah Siswa

Posted by Malaysiakini on Tuesday, 25 August 2015

Lihat Komen
ADS