Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Beliau mungkin boleh dinobatkan sebagai sinar harapan dalam badan kehakiman Malaysia tetapi beliau tidak pernah mendapat kenaikan pangkat seperti rakannya yang dilantik sebagai Peguam Negara Tan Sri Mohd Apandi Ali baru-baru ini.

Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohd Hishamudin Mohd Yunus, yang bersara awal bulan ini, mengesahkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menghentikan perlantikanya ke Mahkamah Persekutuan.

Mohd Hishamudin menjelaskan bahawa perkara itu berlaku pada 2013, apabila Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC) mencadangkan namanya kepada PM untuk pelantikan ke Mahkamah Persekutuan.

"Malangnya, PM tidak memihak kepada kenaikan pangkat saya ke Mahkamah Persekutuan. Saya rasa fakta ini adalah pengetahuan umum, "katanya kepada Malaysiakini dalam satu temubual eksklusif.

Dibentuk melalui Akta Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 2009, suruhanjaya itu diusulkan pada masa bekas perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Peranannya untuk memastikan pemilihan tidak berat sebelah bagi pelantikan hakim di Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan di mana suruhanjaya itu akan menimbang dan membuat syor kepada PM.

Suruhanjaya itu dibentuk selepas suruhanjaya diraja bagi menyiasat klip video kontroversi Lingam pada 2007 yang melibatkan campur tangan politik dalam pelantikan hakim.

Banyak keputusan penting Hishamudin ini sepanjang kerjaya beliau semalam 23 tahun, boleh memberi kesan kenaikan pangkatnya.

Antara pengahakiman yang diingati adalah keputusan pada 2001, melepaskan pemimpin PKR N Gobalakrishnan dan Abdul Ghani Haroon daripada tahanan bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri dan keputusan terbaru mengenai pendakwaan terhadap kes lelaki berpakaian perempuan dan sebaliknya, yang tidak berperlembagaan.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS