Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Bekas no 2 SB mahu Gani muncul, nyatakan pendirian
Diterbitkan:  Oct 4, 2015 1:39 PM
Dikemaskini: 5:55 AM

Bekas peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail digesa tampil ke khalayak untuk menjelaskan skandal berhubung hutang yang ditanggung 1MDB, bahawa beliau didakwa berkata ia "sangat jelas" sebelum dipecat.

Bekas timbalan pengarah Cawangan Khas Datuk Abdul Hamid Bador dalam surat terbukanya kepada kerajaan yang diedarkan kepada media semalam mempersoalkan mengapa Gani kini "diam membisu seribu bahasa".

Berhubung pertemuan terakhirnya dengan Gani sebelum beliau ditukar, Hamid berkata bekas peguam negera itu tegas mengenai kes tersebut.

Menurut Hamid lagi, Gani berkata bahawa kes itu "sangat jelas".

"Tetapi sesudah "dipecat" Tan Sri diam membisu seribu bahasa," kata Hamid dalam surat terbuka itu

"Apa yang sudah terjadi pada diri Tan Sri? Ada pihak menyatakan bahawa Tan Sri diugut agar tidak melawan.

"Kononnya Tan Sri mempunyai skandal atau salah laku yang boleh digunakan oleh mereka untuk mengaibkan Tan Sri di khalayak umum.

" Come on, Tan Sri, apalah sangat dengan skandal peribadi yang kecil walaupun ia benar jika dibandingkan dengan impak yang teruk oleh kemelut 1MDB terhadap negara.

"Rakyat dengan mudah akan memaafkan anda. Keluarlah dan buat pendirian. Semua ini buat anda dipuji sebagai pejuang yang kental di kalangan kakitangan awam," katanya.

Gani - bekas peguam negara paling lama, ditamatkan khidmatnya ketika kemuncak siasatan pasukan petugas khas mengenai skandal 1MDB dan wang RM2.6 bilion didepositkan ke akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Ia merupakan sebahagian siri tindakan pentadbiran Najib termasuk melantik beberapa angota Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) ke dalam kementerian.

Malah, Najib juga memecat bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan seorang lagi menteri kabinet Datuk Seri Shafie Apdal.

Beberapa anggota pasukan petugas khas yang lain turut dipindahkan dan ia termasuk Abdul Hamid.

Abdul Hamid sebelum ini mendakwa, selama 37 tahun adalah kerana kelantangannya dalam isu skandal 1MDB.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS