Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Setiausaha Agung Umno Tengku Adnan Tengku Mansor menyalahkan akhbar milik parti itu, Utusan Malaysia kerana memburukkan lagi hal ehwal diplomatik melibatkan Duta Besar China ke Malaysia Dr Huang Huikang.

"Duta China pergi ke Jalan Petaling dengan niat yang baik. Tapi Utusan Malaysia (lapor dengan) ambil blog (pemimpin DAP) Ronnie Liu dan Teresa Kok dan putarbelit dan lepas itu jadi tajuk berita.

"Jadi, ia jadi masalah. Tolonglah, jangan malas, berkerja lebih sedikit," katanya kepada pemberita di Kuala Lumpur hari ini.

Bagaimanapun, tidak jelas laporan Utusan Malaysia yang mana yang beliau maksudkan.

Akhbar Utusan edisi Ahad, Mingguan Malaysia melaporkan tulisan menggesa China menyelesaikan isu pekerja seks daripada negara itu yang memasuki negara berbanding camprtangan dalam hal ehwal domestik negara ini.

Komentar pada 28 September itu disiarkan bawah nama 'Awang Selamat'.

Malaysiakini telah menghubungi Utusan untuk mendapatkan maklum balas.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS